Pameran ‘Kosmik by Bold’ bakal menampilkan karya terbaik para Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik UiTM Puncak Alam.

Program Grafik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor bakal mengadakan Pameran Reka Bentuk Grafik ‘Kosmik by Bold’ pada 9 sehingga 10 Ogos 2023, yang bertempat di Galeri Lakeside, Kompleks Alam Bina dan Seni Reka, Kolej Pengajian Seni Kreatif. Ia bakal menampilkan himpunan karya kreatif terbaik yang dihasilkan oleh 124 orang pelajar tahun akhir dari program Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik (Kepujian) UiTM kampus Puncak Alam. Sila rujuk maklumat atau imbas ‘QR code’ yang tertera di poster pameran untuk maklumat lanjut.

Nama pameran ‘Kosmik’ membawa maksud kewujudan alam semesta yang luar biasa, sentiasa berkembang melangkaui ruang dan masa. Kosmik mahu meraikan potensi individu para pereka muda dalam menzahirkan kreativiti mereka. Memperkenalkan Kosmik oleh Bold, di mana ‘kami percaya tiada yang mustahil’. Terdapat empat jenis reka bentuk Grafik yang dipamerkan yang berdasarkan pengkhususan (majoring) iaitu Korporat, Pengiklanan, Multimedia dan Ilustrasi.

Barisan pelajar tahun akhir daripada program Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik (Kepujian), bersama para penyelia.

Tenaga penggerak utama pameran ini ialah para pelajar tahun akhir dan dibantu oleh barisan pensyarah penyelia iaitu Puan Ainun Jariah Yaacob, Puan Farrah Aini Lugiman, Puan Nik Attila Atasha Shamsuddin, Puan Farhanah Sujak, Puan Lili Eliana Mohd Radzuan dan Encik Mohd Faizol Haini.

Jumpa di sana!