Jabatan Teknologi Percetakan, Kolej Pengajian Seni Kreatif telah mendapat jemputan daripada Kaizer Sdn Bhd selaku penganjur pameran untuk menyertai IPMEX 2022 yang diadakan pada 4-7 Ogos 2022. Acara pameran percetakan ini merupakan pameran yang terbesar di Malaysia yang diadakan pada setiapa tahun dan melibatkan syarikat -syarikat industri percetakan dimana perkembangan teknologi terkini akan dikongsikan di pameran ini.
Pada tahun ini, pihak penganjur memfokuskan kepada teknologi Percetakan Digital dengan penglibatan beberapa syarikat percetakan dari luar negara. Pihak Jabatan Teknologi Percetakan telah diberi satu (1) unit sudut pameran secara percuma bagi mempromosikan UiTM secara amnya dan hasil kerja dari graduan jabatan secara khasnya. Peluang yang diberikan ini merupakan ruang terbaik yang digunakan oleh pihak Jabatan Teknologi Percetakan dalam mempromosikan program, membina dan mengukuhkan jaringan industri dengan pihak industri percetakan serta membuka peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada graduan dari Jabatan Teknologi Percetakan. Ini adalah hasil kerjasama rapat pihak jabatan dengan industri percetakan di Malaysia.
Inisiatif ini diterajui oleh Dr Noor Azly Mohammed Ali dan koordinator jabatan Cik Zuliyanti Hanizan Ainul Azyan bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Percetakan yang lain. Semoga dengan kerjasama yang termetrai ini dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan seterusnya menyokong UiTM dalam mencapai Globally Renowned University pada tahun 2025.