14 Februari 2024, Seri Iskandar. Dalam dunia yang disokong oleh inovasi dan jalinan global, pihak Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya menganjurkan program kolaborasi peringkat antarabangsa bersama UiTM Cawangan Pahang dan Universiti Sebelas Maret, Indonesia iaitu Program Paradigma Seni Perkayuan. Inisiatif ini bertindak sebagai keperluan untuk merapatkan hubungan akademik antara universiti awam dan antarabangsa, dalam masa yang sama menjalinkan hubungan kepakaran dengan pihak industri antarabangsa. Dengan memanfaatkan kekuatan institusi tempatan dan antarabangsa, kami berhasrat untuk memupuk ruang kerjasama yang merentasi sempadan, memupuk pertukaran idea selain meneruskan aktiviti bersama universiti antarabangsa.
Program Paradgima Seni Perkayuan juga mempunyai visi untuk mewujudkan ekosistem dinamik antara tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, kerjasama pengamal industri antarabangsa, pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa serta komuniti setempat. Program ini juga membuka peluang pendedahan serta medekatkan para akademik dari Universiti dan bidang yang berbeza bersama pihak industri dan masyarakat melalui program Paradigma Seni Perkayuan yang menjurus kepada kepakaran tertentu.
Program ini melibatkan pelajar dari Pengajian Teknologi Seni Bina Dalaman (ID) UiTM Perak, Kolek Pengajian Seni Kreatif UiTM Perak, Teknologi Perkayuan UiTM Pahang, dan Teknologi Hiasan Dalam (UNS Indonesia). Pelajar-pelajar ini dilatih serta dibekalkan dengan nilai-nilai professional seperti sikap, disiplin, kemahiran serta kemampuan mengharungi cabaran semasa dalam dunia pekerjaan, dan mempelajari kaedah menjalinkan kerjasama antarabangsa.
Paradigma Seni Perkayuan telah bermula pada Jun 2023, di mana seramai 15 orang deligasi dari UiTM Cawangan Perak yang di ketuai oleh Dr Mohd Khairulnizam Ramlie telah melakukan lawatan ke UiTM Cawangan Pahang.
Dengan tekad kebersamaan, perbincangan dan perancangan seterusnya direliasisakan dengan program-program perkongisan ilmu selama 8 minggu, di mana setiap sesi melibatkan pakar-pakar dari bidang tersendiri seperti Teknologi perkayuan, Seni Halus, Seni Bina Dalaman, Seni Reka Grafik, Seni Reka Fasyen, Fotografi, dan Seni Reka Fasyen.
Hasil dari perkongsian ilmu ini, beberapa reka bentuk perabot yang di hasilkan oleh pelajar-pelajar dari seni bina dalaman telah di realisasikan rekaannya oleh pelajar-pelajar dari pengajian teknologi perkayuan. Seterusnya untuk tujuan perkomersialan, pelajar-pelajar seni reka grafik telah menjana idea-idea untuk proses penjenamaan untuk setiap produk yang ada dengan bantuan pakar pengimejan kreatif dan fotografi. Hasil akhir produk-produk telah di sulami dengan hasil karya pelajar dari seni reka seramik dan seni reka fasyen untuk melengkapkan set dekoarasi. Maka terlahirlah Program Pameran Paradigma Seni Perkayuan pada hari ini yang telah menghimpunkan sebanyak 22 hasil rekaan dari pelajar-pelajar UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, dan Universitas Sebelas Maret, Indonesia.
Pameran Paradigma Seni Perkayuan ini telah dirasmikan oleh Ybhgs. Profesor Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Timbalan Rektor Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perak dan telah di saksikan oleh Ybhgs. Prof. Madya Dr. Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Pahang dan Dr. Pandu Parwan, Kepala Program Studi S1 Desain Interior Universitas Sebelas Maret. Majlis ini juga di hadiri oleh semua staf dan pelajar UiTM Cawangan Perak, dan wakil-wakil pensyarah dari Pusat Pengajian Industri Perkayuan UiTM Cawangan Pahang dan wakil dari Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia.