Next To Leaders 2.0 : Asean Leaders Assembles

 

KUALA PILAH : Program Next To Leaders 2.0 : ASEAN Leaders Assembles merupakan satu forum wacana intelek anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2019/2020 UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah yang dilaksanakan bermula 19 November 2020 – 22 November 2020.

Program ini telah mengumpulkan wakil badan perwakilan pelajar daripada UiTM kampus cawangan lain serta wakil pelajar daripada universiti ASEAN bagi membincangkan hal-hal mengenai cabaran dan hala tuju bagi badan organisasi dan persatuan di dalam era pandemik COVID-19. Perlaksanaan program ini adalah secara siaran langsung di laman Facebook media rasmi JPK UiTM Kuala Pilah @ Jpk Kuala Pilah yang disampaikan oleh panel daripada organisasi masing-masing. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menjalinkan hubungan dengan universiti-universiti negara ASEAN adalah kerana ASEAN kini sedang menuju ke arah komuniti ASEAN menuju tahun 2035 melalui pelbagai aktiviti inisiatif serantau sekaligus pertembungan ideal serta budaya antara negara ASEAN, disamping dapat berkongsi pengalaman yang unik mengenai universiti-universiti negara yang berbeza.

Memandangkan program ini melibatkan daripada penel jemputan yang berperingkat ASEAN seperti Brunei, Filipina dan Indonesia, sudah tentu topik yang diperbincangkan sepanjang E-Forum adalah berbeza mengikut bidang kepakaran masing-masing yang bermatlamat bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang sepenuhnya kepimpinan pelajar sekaligus menerapkan aspek kepimpinan dalam mahasiswa dan mahasiswi. Antara panel jemputan program yang terlibat sama adalah Saudara Muhammad Nur Afiq Izzuddin Bin Abdul Mujiib Yahya (University of Brunei Darussalam,Brunei), Jericho Y. Baybayan (Notre Dame University Cotabato City, Philippines), Okta Viviana Asmi Nusantari (State University of Malang,Indonesia). Selain itu, wakil daripada UiTM Shah Alam Saudara Muhamad Soleh Bin Abu Hassan selaku Pengarah Program “ASEAN University Student Leadership Conference” (AUSLC) 2020 dan Saudari Nurul Asyiqin Bin Mazlan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine,UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.

Dengan penglibatan antara organisasi yang berperingkat ASEAN, banyak perbincangan dan informasi serta penerakan daripada para mahasiswa terhadap topik yang hangat diperbincangkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur program kerana telah mencapai sasaran  dengan yang lebih daripada anggaran jumlah sasaran tontonan keseluruhan. Tidak dilupakan juga satu penghargaan kepada pihak Unit Pengurusan Kolej dan Non-Residen dan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah yang memberikan sokongan penuh terhadapa program ini Semoga program dapat memberikan impak yang tinggi dan dapat dipraktikkan pada masa hadapan kepada para mahasiswa disamping mencapai matlamat UiTM untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia. Bak kata Usman Awang, “Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba”.