Design Lecture Series: No-to-Scale Studio

Semasa kaedah ODL (Open and Distance Learning) mula dilaksanakan pada semester pertama tahun 2020, pelbagai inisiatif pembelajaran secara atas talian telah dibuat oleh tenaga pengajar UiTM dalam usaha menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan lebih berkesan. Pusat Pengajian Senibina Dalaman (PPSD), dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Puncak Alam juga tidak ketinggalan dalam menyediakan alternatif pembelajaran yang boleh membantu pelajar kekal fokus, lebih-lebih lagi semasa berlakunya krisis pandemik di seluruh dunia. Antara aktiviti pembelajaran maya yang dijalankan oleh kursus studio senibina dalaman pada tahun ini ialah siri syarahan oleh pereka profesional secara atas talian.

Sesi syarahan secara atas talian yang pertama telah dikendalikan oleh pensyarah PPSD, Sarah Rahman, pada 27 April 2020. Sesi syarahan rekabentuk ini telah disampaikan oleh No-to-Scale Studio. Pengasas studio ini, Shamin Sahrum dan Nur Nadrah, ialah graduan March RIBA Pt. 2 dari University of Greenwich, London. Minat mereka adalah menjurus kepada penghasilan objek-seni, dan ‘analog/digital fabrication’. Berpusat di Kuala Lumpur, No-to-Scale Studio kerap menghasilkan komentar sosio-politik berkaitan isu-isu semasa dalam negara khasnya, melalui karya mereka yang disiarkan secara meluas dalam format elektronik dan cetak.

PPSD mengucapkan ribuan penghargaan kepada Shamin Sahrum dan Nur Nadrah dari No-to-Scale Studio di atas perkongsian yang bermanfaat dalam sesi syarahan atas talian ini. Perkongsian mereka telah membuka minat para pelajar senibina dalaman untuk mendekati proses rekabentuk melalui penghasilan kolaj digital yang kritikal dan kreatif.