Neon Night : Look Up the Sky Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

27 November 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan program yang mampu mengatasi masalah kesihatan mental pelajar serta mengurangkan tekanan belajar bersama dengan artis jemputan, Afiq Adnan melalui program Neon Night: Look Up The Sky.

Program ini telah diadakan pada 5 November 2023 dan telah disertai seramai 230 penghuni kolej kediaman RC1, RC2 dan RC3 yang terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh serta tetamu dari luar kampus. Program ini menampilkan Afiq Adnan, penyanyi yang sedang meningkat naik di dalam industri hiburan dan juga sangat dikenali di kalangan pelajar masa kini, kehadiran beliau adalah untuk memberikan perkongsian ilmu bersama pelajar cara Uuntuk membahagikan masa diantara pelajaran dan kerjaya hiburan serta menghiburkan penghuni di kolej kediaman.

     

Disamping itu juga, terdapat slot permainan ‘Mind Game’ yang bertujuan untuk menguji minda peserta dalam menyelesaikan masalah dan soalan yang diberikan. Selaras dengan objektif program ini, jelas bahawa kesihatan mental pelajar meningkat lebih baik dan berkesan serta dapat mencapai hasrat UiTM dalam membentuk graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik namun mempunyai kesihatan mental yang baik dan tenang.

Kesimpulannya, program ini telah memberikan pelbagai manfaat kepada penghuni kolej kediaman dan menjadi suatu inisiatif baharu bagi pelajar khususnya bidang Perubatan & Pergigian dalam membentuk minda yang sihat serta individu yang cemerlang.