MoU UiTM Cawangan Kelantan Bersama Dengan Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia

MEDAN, INDONESIA, 07 Mac – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia telah berjaya dimeterai pada tanggal 1 Mac 2024.

MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi (Rektor) dan disaksikan oleh Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA) bagi mewakili UiTM Cawangan Kelantan manakala bagi pihak Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia pula telah ditandatangani oleh Teuku Aliyuddinsyah (Timbalan Pengarah Sektor Perdagangan) dan disaksikan oleh Sujiana Ali Kamar (Timbalan Pengerusi UMKM) Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan Indonesia.

Antara intipati yang terkandung dalam MoU ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dua hala di antara UiTM Cawangan Kelantan dengan Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI) dalam bidang keusahawanan, penyelidikan dan program khidmat masyarakat.

   

Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiri daripada Prof. Dr. Hjaji Abdol Samad Nawi (Rektor), Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA) dan Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, (Koordinator ICAN) yang juga merupakan pencetus kepada keterjalinan MoU ini di antara dua organisasi bagi dua buah negara.

Semoga jalinan kerjasama ini akan berjaya merangka dan menjalankan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti berbentuk keusahawanan yang dapat membantu dalam menaikkan lagi taraf hidup usahawan-usahawan kecil bagi kedua-dua buah negara.