Kem Pemantapan Jati Diri Jabatan Matematik: “Walk-In as Individual, Leave as a Team”

KUALA KRAI, 11 Mac – Jabatan Matematik UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Program Kem Pemantapan Jati Diri Jabatan Matematik bertajuk ‘Walk-in as Individual, Leave as A Team’ pada 7 Mac 2024 bertempat di Krai Park and Training Centre, Kuala Krai Kelantan. Peserta bagi program ini merupakan pensyarah – pensyarah dari Jabatan Matematik UiTM Cawangan Kelantan. Objektif program adalah untuk mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf jabatan bagi membentuk semangat kerja secara berkumpulan serta membentuk nilai-nilai yang baik sebagaimana yang diterapkan di UiTM iaitu nilai excellent, synergy dan integrity bagi membolehkan perancangan yang dibuat oleh jabatan bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap staf. Tema bagi program ini adalah ‘Back to nature survival’.

Pengarah bagi program ini ialah Puan Nurul Suhada binti Aziz dan program ini telah berjaya mencapai objektif yang diinginkan. Seramai 13 peserta terlibat dalam program ini iaitu Puan Suriana Alias, Puan Firdawati Mohamed, Dr. Norarida Abd Rhani, Puan Aimi Zulliayana Rosli, Puan Farahanie Fauzi, Puan Rahaidah Muhammad, Cik Mardhiyah Ismail, Puan Masnira Ramli, Puan Suziana Aida Othman, Puan Wan Nurul Husna Wan Nordin, Puan W.Nurfahizul Ifwah W.Alias, Puan Maziah Mahmud dan Encik Mohd Faiez Suhaimin. Program ini bermula pukul 7:40 pagi dan tamat pada pukul 4:00 petang.