12 Ogos 2022 – Telah berlangsung satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang bersama Kolej Vokasional Temerloh (KVT) yang diadakan bertempat di Kolej Vokasional Temerloh, Simpang Sanggang, Temerloh bermula jam 9:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Memorandum Persefahaman yang berkuatkuasa pada 12 Ogos 2022 sehingga 11 Ogos 2025 ini diadakan dengan tujuan utama untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan antara lainnya adalah seperti berikut:
a) Program pemindahan ilmu bagi menggalakkan pemindahan ilmu yang telah dijana di UiTM kepada sasaran komuniti dan industri untuk tujuan memperluaskan dan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam;
b) Mengadakan bentuk-bentuk interaksi termasuk kajian bersama, perundingan, pendidikan, latihan, pembangunan siswazah, persidangan, berkongsi kemudahan fizikal; serta
c) Kerjasama di dalam bidang-bidang lain seperti mana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dari semasa ke semasa.
Memorandum Persefahaman yang ditandatangani secara fizikal di Kolej Vokasional Temerloh ini melibatkan:
1. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Menjalankan Tugas Rektor, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
2. Ts. Anuar bin M. Lela, Pengarah, Kolej Vokasional Temerloh
3. Encik Abdul Manan bin Suboh, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Temerloh
4. Dr. Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
5. Dr. Nurrohana binti Ahmad, Koordinator ICAN, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
6. Puan Mas’udah binti Asmui, Ketua Pusat Pengajian, Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
7. Lima (5) orang ahli jawatankuasa pelaksana.
Dengan terjalinnya ikatan memorandum persefahaman di antara kedua-dua pihak, UiTM Cawangan Pahang secara khususnya telah mencapai sasaran salah satu daripada petunjuk prestasi UiTM iaitu “Memperbanyakkan MOU bersama universiti, syarikat, entiti, agensi, organisasi, komuniti dan NGO”. Semoga tujuan penganjuran majlis dan memorandum persefahaman ini berjaya dicapai dalam meneruskan kecemerlangan UiTM Cawangan Pahang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.