Mohd Noorazam, Pensyarah Fakulti Pendidikan Bantu Penganjuran Kursus Kejurulatihan FAM

Pensyarah Fakulti Pendidikan Bantu Penganjuran Kursus Kejurulatihan FAM
Para jurulatih bersama peserta kursus

Saudara Mohd Noorazam Abdul Razak, pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah terlibat di dalam penganjuran Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Persatuan Bolasepak Malaysia. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Sarawak (FAS) pada 29 Februari – 1 Mac 2020 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Bantu Penganjuran Kursus Kejurulatihan FAM
Sebahagian daripada para peserta kursus kejurulatihan

Kursus kejurulatihan 2 hari ini telah disertai oleh 30 peserta dari pelbagai latarbelakang, dan kursus telah dikendalikan oleh Saudara Mohd Noorazam selaku Jurulatih Developer Akar Umbi FAM bersama beberapa jurulatih akar umbi FAM yang lain.

Saudara Mohd Noorazam terlibat secara aktif di dalam aktiviti kejurulatihan bagi pihak FAM dan telah mewakili FAM dalam mengendalikan kursus kejurulatihan di pelbagai peringkat.

Gambar: Ehsan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)