Misi Akademik Pra Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Negeri Sembilan Ke Tanah Rancangan Felda

Pada 28 Jun 2022 yang lalu, UiTM Cawangan Negeri Sembilan melalui Unit Pra Pendidikan Tinggi (PPT) telah mengadakan misi akademik PPT di Dewan FELDA Jaya Raja Alias, bersempena dengan program Hebahan Pendidikan Tinggi 2022 di Kawasan Tanah Rancangan FELDA, anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi, FELDA. Melalui program ini, Unit PPT berpeluang untuk mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UiTM, khususnya program-program peringkat Pra Diploma bagi sesi kemasukan Oktober 2022 kepada calon-calon lepasan SPM 2021 yang merupakan generasi baharu FELDA.

Dalam program ini juga, calon-calon lepasan SPM 2021 berpeluang untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada para petugas berkaitan dengan program pengajian peringkat pra diploma seperti Pra Diploma Sains, Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Sains (Aliran STEM C dan Sastera), Pra Diploma Agroteknologi dan Pra Diploma Pengajian Islam yang ditawarkan oleh UiTM. Calon juga boleh mendapatkan nombor pin secara percuma daripada para petugas, untuk mengisi borang permohonan secara atas talian. Tempoh permohonan masih lagi dibuka sehingga 29 Julai 2022 ini.

Sepanjang Julai 2022, program Hebahan Pendidikan Tinggi 2022 di Kawasan Tanah Rancangan FELDA ini akan diteruskan lagi ke beberapa buah lokasi terpilih seperti berikut :
• Felda Wilayah Johor Bahru – 4 Julai 2022
• Felda Wilayah Mempaga – 18 Julai 2022
• Felda Wilayah Jengka – 19 Julai 2022
• Felda Wilayah Terengganu – 20 Julai 2022
• Felda Wilayah Gua Musang – 25 Julai 2022
• Felda Wilayah Sahabat – 28 Julai 2022

Calon-calon lepasan SPM 2016 – 2021 dan orang awam, semua dijemput hadir.