Minggu 5.0@UiTM Fakulti Pendidikan Tingkatkan Kesediaan Pelajar Baharu

Pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, telah menganjurkan Minggu 5.0@UiTM bersama Pelajar Baharu dari 5-9 Oktober 2020. Program yang dijalankan sepenuhnya atas talian ini melibatkan pelajar semester pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada tujuh program berbeza. Antara objektif program ialah untuk meningkatkan kesediaan para pelajar dalam menghadapi cabaran bergelar pelajar universiti serta memperkenalkan pelajar kepada selok-belok sistem UiTM. Di samping itu, pelajar juga perlu diberikan pencerahan tentang norma-norma baharu terutamanya dalam mengharungi aktiviti pembelajaran dalam situasi semasa.

Program padat yang berlangsung selama lima hari ini memberi kesempatan kepada pelajar untuk beramah mesra dengan Pengurusan Kanan Fakulti Pendidikan. Selain sesi bersama Dekan, wakil pengurusan dan koordinator program, beberapa sesi bersama pimpinan pelajar fakulti juga diaturkan. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada proses pembelajaran melalui Open and Distance Learning (ODL).

Semoga Minggu 5.0@UiTM meningkatkan tahap kesediaan pelajar semester satu dalam menghadapi cabaran bergelar mahasiswa terutamanya dalam fasa semasa dunia menghadapi cabaran pandemik Covid-19.