SHAH ALAM – Pada 22 November 2023, satu mesyuarat yang di anjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah berlansung bagi membincang dan memurnikan salah satu kandungan dalam Modul Ulung IMPAK: Pemikiran dan Kepimpinan (MOLEK) secara atas talian. Perbincangan dihadiri oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan Modul MOLEK iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat, Ustaz Hamdi Rahman Mohd Yaacob, Dr Azri Bhari dan Dr Mohd Kamal Azman Jusoh.
MOLEK merupakan singkatan kepada Modul Ulung IMPAK: Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. MOLEK adalah satu modul yang sedang dibangunkan oleh IMPAK dan masih diperingkat pemurnian dan penilaian dalam beberapa aspek yang melibatkan pakar-pakar dalaman UiTM serta luaran. Secara spesifiknya, perbincangan ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar dalam bidang berkaitan kandungan Modul MOLEK dari aspek perlaksanaan, yang mana modul tersebut telah dikenalpasti adalah mensasarkan kakitangan dan para pelajar UiTM dan seterusnya masyarakat umum. Modul MOLEK ini merupakan usaha menambahbaik dalam mencari kekuatan dalaman peribadi serta membentuk jatidiri cemerlang, dan menetapkan halatuju jelas dalam melonjak kecemerlangan individu, organisasi dan seterusnya masyarakat selari dengan dasar halatuju universiti dan negara ke arah masyarakat MADANI.
Perbincangan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah IMPAK iaitu Prof. Madya Dr. Hajah Norhayati Hussin, Ketua Unit Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat Dr. Hasnah Hashim, Ketua Unit Pengembangan Ilmu Sr Dr. Ismail Maarof, Encik Muhamad Khalid Abdullah dan turut disertai oleh TNC HEP Prof. Dr. Haji Mohd Dr. Sazili Shahibi.
Mesyuarat ini dijangkan dapat mencapai matlamat untuk melengkapkan Modul MOLEK dengan mendapat kerjasama yang sangat positif daripada pakar-pakar berkaitan kandungan.