Asas Transfusi Darah – Dari Puncak Aalam Ke Pusat Darah Negara

Asas Transfusi Darah merupakan salah satu subjek utama dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Para pelajar di beri pendedahan tentang  asas ujian -ujian makmal yang berkaitan dengan transfusi darah. Penganjuran lawatan akademik ke Pusat Darah Negara  pada 1 Disember 2023 yang lalu adalah bertepatan sekali selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 4: Quality Education dan SDG 3: Good Health and Wellbeing dengan objektif lawatan bertujuan untuk memberikan makluman dan pendedahan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Immunohematologi, Pengurusan Pembekalan Darah, pematuhan etika dan akreditasi badan bertangungjawab seiring dengan tajuk dalam pembelajaran Asas Transfusi Darah (MLT443).

Seramai 63 orang pelajar terdiri daripada pelajar Ijazah Semester 3, Program Teknologi Makmal Perubatan (HS241), Fakulti Sains Kesihatan, Puncak Alam, Selangor beserta tiga orang pegawai pengiring iaitu Dr Wan Shahriman Yushdie Bin Wan Yusoff, Pn. Khairussulhi Binti Jalil dan En.Mohd Shukree Bin Jafri Sham terlibat dengan program lawatan akademik ini. Sesi lawatan di mulakan dengan syarahan daripada Cik Nang Pah Nik Ibrahim yang merupakan Ketua Perkhidmatan Transfusi, Juruteknologi Makmal Perubatan, di Pusat Darah Negara. Beliau berkongsi ilmu tentang kewujudan Kumpulan darah selain Kumpulan darah utama iaitu Kumpulan A, B dan O. Selesai sesi syarahan yang berlangsung sejam lebih, tayangan video mengenai semua jenis makmal yang terdapat di Pusat Darah Negara serta proses dan prosedur pengendalian darah yang diperoleh daripada pendermaan darah. Inisiatif lawatan akademik ini di lakukan seiring dengan Kolabrasi Pembelajaran bersama industri yang di ketuai oleh Dr.Evana Kamarudin. Kerjasama di antara institusi pendidikan dan industri adalah penting untuk memastikan graduan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keperluan sebenar industri.

Sesi lawatan berakhir dengan sesi fotografi bersama En.Muhd Abdul Hadi Bin Johari dan Puan Nuraini Binti Yahya pegawai Pendidikan dari Pusat Darah Negara Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mereka di atas masa yang diluangkan bersama rombongan lawatan akademik dari Puncak Alam ke Pusat Darah Negara.  Adalah diharapakan objektif lawatan akademik ini tercapai, semoga pelajar Teknologi Makmal Perubatan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, serta menjadi satu langkah positif dalam perjalanan pendidikan dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan.