Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Linguistik Malaysia Ke-44

Shah Alam, 8 November 2023 – Pada 22 September telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) ke-44 yang bertempat di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri mesyuarat ini. Hal ini bertujuan untuk merancakkan lagi kegiatan keilmuan di samping menarik minat kalangan akademik di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan. Hal ini juga dijangka akan menambahkan lagi jumlah kehadiran ahli PLM yang ada di UiTM ke mesyuarat tersebut.

Majlis bermula dengan ucapan oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, Presiden PLM. Pihak Persatuan Linguistik Malaysia turut menganjurkan sesi Wacana Ilmu PLM sebelum mesyuarat tersebut berlangsung. Sesi wacana ini diisi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Kajian Ekolinguistik dalam Temu Bual Isu Covid-19 dan Kemurungan di Pulau Tuba Langkawi, Malaysia” yang telah disampaikan oleh Dr. Rozaimah Rashidin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan dan membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.