Bengkel Bersasar Penulisan Artikel Dalam Jurnal Berimpak Tinggi

Shah Alam, 8 November 2023 – Pada 7 – 9 September 2023 telah diadakan Bengkel Bersasar Penulisan Artikel Dalam Jurnal Berimpak Tinggi bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya. Perkongsian ilmu mengenai penghasilan penulisan artikel untuk penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Penerbitan APB. Bengkel ini disertai oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa (APB).

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri APB dan diteruskan dengan taklimat oleh PM Dr Aini Akmar Mohd Kasim, Koordinator Unit Penyelidikan dan Penerbitan. Sepanjang program ini dijalankan, terdapat sebanyak tujuh (7) sesi Penulisan Makalah dan diakhiri dengan sesi kelapan iaitu Pemurnian Makalah.

Ringkasnya, dalam dunia penulisan akademik masa kini yang dikenali dengan daya saingnya, banyak penulis, terutama mereka yang dianggap ahli akademik, menghadapi banyak rintangan dan kesulitan dalam menghasilkan karya tulisan mereka. Kekangan ini dapat diatasi dengan meningkatkan dan memperbaiki kemampuan dan pengetahuan mereka, termasuk memahami kompleksiti industri penerbitan, atau dengan mengembangkan rasa percaya diri yang diperlukan untuk menyebarkan karya mereka kepada khalayak yang lebih luas. Justeru itu, bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan penghasilan penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah APB.