Mesyuarat AGM Dan Hi Tea PEWANI UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 4 Februari 2023 – Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) (PEWANI) Cawangan Sabah telah mengadakan Annual General Meeting (AGM) bagi tahun 2023 dan Majlis Minum Petang di Sky Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis dihadiri ahli PEWANI termasuk staf dan isteri staf serta dirasmikan oleh Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah, YBhg Datin Hjh. Dg Noorizan Hj Bakrin. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan selepas mesyuarat iaitu minum petang bersama, cabutan bertuah, permainan dalaman, persembahan nyanyian dan sesi bertukar hadiah.

Majlis turut memberi penghargaan kepada Jawatankuasa PEWANI UITM Cawangan Sabah lantikan 2021/2023 yang telah memberi sumbangan dan kerjasama dalam memastikan objektif PEWANI UITM Cawangan Sabah tercapai dengan jayanya. Pelaporan aktiviti sepanjang tahun telah dibentangkan oleh Mantan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa PEWANI Sesi 2021/2023 Ts. Roslianah Fitri Said dan pelaporan kewangan PEWANI UiTM Cawangan Sabah juga telah dibentangkan semasa mesyuarat berlangsung. Melalui program – program yang telah dijalankan, ia mampu merapatkan muhibah dan menyatukan kakitangan wanita serta isteri staf UiTM Cawangan Sabah dan memberi peluang kepada wanita untuk menyumbang kepada universiti dan negara.

Melalui mesyuarat ini juga, pelantikan Jawatankuasa PEWANI Sesi 2023/2025 telah berlangsung menerusi undian dari semua ahli PEWANI UiTM Cawangan Sabah dan Puan Nurul Huda Roslan telah terpilih menjadi Timbalan Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah bagi sesi 2023/2025. Melalui Persatuan PEWANI, UiTM Cawangan Sabah merancang menganjurkan aktiviti menggalakkan perkembangan kemahiran, pembentukan personaliti, pengurusan kesihatan, kerja kerja amal dan sumbangan kepada komuniti setempat di samping meningkatkan imej dan peranan wanita dalam pembangunan negara khususnya di Negeri Sabah seterusnya membawa manfaat dan kebaikan kepada semua.