Mendekati Penghuni Kolej Melalui Aktiviti “Perindu Okay? Stigma Dan Prejudis Musuh Kesihatan” bersama Puan Dayang

Mendekati Penghuni Kolej Melalui Aktiviti "Perindu Okay? Stigma Dan Prejudis Musuh Kesihatan" bersama Puan Dayang
22 April 2020, Shah Alam – Berikutan dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ke-3, sekali lagi dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK), Pengetua Kolej Perindu dan juga Jabatan Perwakilan Kolej (JPK) telah mengadakan satu aktiviti perkongsian atas talian bersama dengan pelajar yang masih menetap dan juga pelajar yang sudah pulang ke rumah. “Perindu okay? Stigma Dan Prejudis Musuh Kesihatan ” bersama dengan Puan Dayang Suzana Binti Awang iaitu merupakan Pegawai Psikologi Kanan, Pusat Kerjaya Dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam.

Aktiviti bagi sesi kaunseling telah dijalankan sebanyak 4 siri, dan untuk sesi bersama Puan Dayang ialah bagi sesi yang ketiga, tujuannya ialah sama seperti sesi yang lain tapi berlainan dari segi input dan informasi yang berbeza. Pada aktiviti kali ini kita membincangkan mengenai stigma iaitu persepsi orang awam menngenai isu kesihatan mental. Antara yang ditekankan ialah, ialah mengenai kita sebagai pelajar dan individu yang sihat dari segi akal dan tubuh badan hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam seseuatu hal. Otak kita hendaklah sentiasa mentafsir untuk kita memandang sesuatu masalah itu untuk diselesaikan bukan sebagai bebanan. Hal ini dikatakan beliau, setiap seorang individu itu mempunyai masalah tersendiri. Maka, adalah diri kita yang sendiri yang mengambil tindakan yang betul dalam mengawal situasi tersebut. Jika berasa berlarutan beliau menyarankan untuk berjumpa atau berkongsi masalah tersebut dengan rakan-rakan atau individu yang dipercayai.

Tambah beliau lagi, adalah amat baik untuk setiap fakulti memfokuskan juga subjek kaunseling sebagai salah satu subjek tambahan dan tidak hanya tertumpu kepada fakulti tertentu. Beliau mengatakan jika perkara yang baik adalah tidak mengapa untuk kita belajar mengenai perkara baharu yang mana mampu memberi manfaat. Hal ini dikatakan boleh dijadikan sebagai langkah kanan untuk seseorang pelajar tersebut jika berhadapan dengan perkara atau situasi yang demikian.

Akhir kata, aktiviti seperti adalah satu inisiatif kepada semua warga kolej perindu dan sesiapa sahaja yang menonton untuk membuka mata dan minda mengenai betapa pentingnya ilmu mengenai tahap kesihatan mental.

Mendekati Penghuni Kolej Perindu Melalui "Perindu Okay? Kesihatan Mental Dan Kesejahteraan Diri" bersama Dr Sharifah Muzlia

Oleh: Fitri Abdullah