MEMPERKASA MINAT PELAJARI SAINS DAN KESIHATAN DI KALANGAN PELAJAR TADIKA MENERUSI HEALTH OUTREACH PROGRAM (HOPE)

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 3: Good Health and Wellbeing, SDG 4: Quality Education dan SDG 17 Partnerships for the Goals, pihak Jabatan Sains Asas telah berkolaborasi dengan Tadika Little Caliphs Cawangan Kuala Selangor dengan menjalankan Health Outreach Program (HOPE) pada 27 Julai 2023 baru-baru ini. Inisiatif menjalankan projek HOPE ini telah berjaya dijalankan bersama 50 orang pelajar-pelajar Tadika Little Caliphs Rama-rama Bistari Kuala Selangor yang berumur 5 tahun bagi mempelajari topik β€œExploring the Human Body” yang juga merupakan sebahagian daripada silibus matapelajaran Sains dalam Modul Little Caliphs Scientist.

Menurut Pn Norhalizawati Nuri, Pengetua Tadika Little Caliphs Rama-rama Bistari Kuala Selangor, program ini merupakan salah satu projek yang berorientasikan pengenalan kepada Sains dalam Modul Little Caliphs Scientist bagi menarik minat para pelajar dalam memahami tubuh badan manusia. Konsep program yang membolehkan para pelajar mengumpulkan soalan-soalan yang ingin ditanya berdasarkan topik tubuh badan manusia kepada panel yang hadir, dan ternyata telah berjaya menarik minat para pelajar untukmengetahui lebih mendalam dan mempelajari sains berkaitan tubuh manusia. Antara topik-topik yang diterangkan adalah My Body, When I Grow Up, Five Senses, The Skeleton, Lungs dan Heart, yang merupakan silibus teras dalam Modul Little Scientist yang diajarkan di tadika tersebut. Antara objektif utama program ini dijalankan adalah bagi membantu para pelajar dalam memahami asas kehidupan dan tubuh manusia melalui penggunaan model-model anatomi manusia yang disediakan.

Pensyarah Kanan Fisiologi, Jabatan Sains Asas, Fakulti Sains Kesihatan iaitu En Razif Dasiman telah terlibat dalam program HOPE bersama para pelajar tadika ini. Menurut beliau, program HOPE ini dapat dijadikan medan dalam menarik minat pelajar dari seawall 5 tahun lagi untuk mendalami matapelajaran Sains dan Kesihatan. Ini bertitik tolak kepada masalah kekurangan pelajar yang mendalami bidang Sains sejak kebelakangan ini yang beranggapan subjek Sains itu menyusahkan, payah untuk dipelajari dan terlalu kompleks. Program HOPE ini juga dapat dijadi sebagai tunjang kepada University Social Responsibility (USR) bagi meningkatkan kefahaman Masyarakat khasnya komutiti pelajar sekolah dalam mempelajari subjek Sains agar lebih menyeronokkan dan sedang difahami. Menurutnya lagi, Kerjasama yang padu daripada pihak pengurusan tadika dan UiTM khasnya diharapkan akan berterusan terutamanya dalam memperkasakan Modul Little caliphs Scientist yang diajarkan di tadika agar pelajar terus meminati bidang Sains dan Kesihatan ini.

Antara pengisian utama projek kali ini adalah para pelajar dilibatkan dengan mengenai topik-topik yang diberikan, penerangan fakta-fakta Sains berkaitan tubuh badan manusia, sesi soal jawab, bergambar bersama model anatomi dan kuiz. Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan akan dibuat dengan skala yang lebih besar lagi dengan tadika-tadika lain bagi memperkasakan pengetahuan dalam subjek Sains amnya dan memperkasa Modul Little Caliphs Scientist khasnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan menyeronokkan dengan kolaborasi bersama antara pihak universiti dengan pihak pengurusan tadika, agar hasilnya para pelajar akan terus berminat mendalami ilmu Sains dan Kesihatan dengan lebih baik, faham dan menyeronokkan.