𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

Pada 3 Ogos 2023 @ Khamis bermula jam 9 pagi hingga 3 petang, bermula sessi temuduga terbuka bagi pelajar kprogram kejururawatan, anjuaran Unit Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Program Kejururawatan, FSK – Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Bertam UiTMCPP telah menganjurkan program temuduga dalam kampus Siri 3/2023. Program bermula dengan penyampaian kata aluan daripada Penolong Rektor, UiTM cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam iaitu En Amir Heberd, diikuti oleh ucapan Ketua Pusat Pengajian(KPP), Ts Dr. Wan Ismahanisa Ismail. Turut hadir bersama dalam program ini, Dr Rusnani Ab Latif, selaku Penyelaras Program Diploma Kejururawatan. Sebanyak 30 orang pelajar tahun akhir program kejururawatan telah terlibat dengan taklimat dan sesi temuduga dengan beberapa hospital swasta seperti:

1. Thomson Hospital Kota Damansara
2. KPJ Selangor Specialist Hospital
3. KPJ HQ
4. KPJ Penang
5. Sunway Healthcare Group
6. IHH Healthcare Malaysia
7. Pantai Hospital Penang
8. Gleanegles Hospital Penang
9. Pantai Hospital Kuala Lumpur