Memorandum Perjanjian di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Perindustrian Kayu (MTIB) telah ditandatangani pada 14 Disember, 2020. Perjanjian ini bertujuan mengadakan kolaborasi dalam menghasilkan sebuah Coffeetable Book oleh penulis universiti terbitan bersama UiTM dan MTIB untuk edaran peringkat kebangsaan dan antarbangsa.
YBhg. Professor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) dan YBrs. Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah Malaysian Timber Industry Board telah menandatangi MoA bagi pihak UiTM dan MTIB. Majlis telah disaksi oleh YBhg. Professor Ts Dr Rugayah Haji Hashim, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UCS, UiTM dan YBrs.Hjh. Mahsuri Mat Dris bagi pihak MTIB.
Professor Ts Dr Rugayah Haji Hashim, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), UCS