Memorandum Perjanjian Antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Professor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor

Memorandum Perjanjian di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Perindustrian Kayu (MTIB) telah ditandatangani pada 14 Disember, 2020.  Perjanjian ini bertujuan mengadakan kolaborasi dalam menghasilkan sebuah Coffeetable Book  oleh penulis universiti terbitan bersama UiTM dan MTIB untuk edaran peringkat kebangsaan dan antarbangsa.

Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah Malaysian Timber Industry Board

YBhg. Professor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) dan YBrs. Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah Malaysian Timber Industry Board telah menandatangi MoA bagi pihak UiTM dan MTIB. Majlis telah disaksi oleh YBhg. Professor Ts Dr Rugayah Haji Hashim, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UCS,  UiTM dan  YBrs.Hjh. Mahsuri Mat Dris bagi pihak MTIB.

 

Professor Ts Dr Rugayah Haji Hashim, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), UCS

 

Hjh. Mahsuri Mat Dris, Senior Deputy Director, Industry Development Division, MTIB