Melati Reading Corner

Melati Reading Corner merupakan usaha bersama Exco Akademik dan Kelestarian Hijau, Jawatankuasa Perwakilan (JPK) Kolej Melati dan Staf Residen Kolej (SRK) untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan mahasiswi di Kolej. Kepentingan utama kemahiran membaca menjadi amalan masyarakat adalah kerana ia merupakan satu jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Sebagai manusia, kita tumbuh dan berkembang seiring dengan usia dan kemampuan kita. Semakin dewasa, semakin banyak perkara, komitmen dan tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh setiap individu. Maka, penting untuk kita sentiasa memastikan setiap generasi berkembang dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaik buat mereka. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan adalah dengan membaca.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan!” (QS. Al-‘Alaq [96]: 1)

Iqra’– Bacalah kerana ia adalah kunci kepada semua pengetahuan. Kami di Kolej Melati berharap para mahasiswi di Kolej Melati dapat bersama-sama menggunakan Melati Reading Corner ini dan nantikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Melati Reading Corner tidak lama lagi ✨.

“Melati Membara, Srikandi Berwibawa”

Galeri Gambar: