Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Dipilih Sebagai Salah Satu Masjid Masjid Hijau Di Bawah Program Rumah Ibadat Hijau

15 Julai 2022- Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah memilih Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang sebagai salah sebuah daripada 100 buah masjid yang di jadikan sasaran dibawah Program Rumah Ibadat Hijau. Perkara ini telah diumumkan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air di dalam Khutbah Jumaat Khas sempena program Kesedaran Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar bertempat di Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang.

Melalui inisiatif ini, Agensi Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) akan menawarkan khidmat nasihat dan bantuan dalam membantu pihak pengurusan rumah-rumah ibadat untuk menjadi lebih lestari dalam penggunaan sumber seperti menjimatkan bekalan air dan elektrik.

Pemilihan Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Cawangan Pahang menjadi salah satu daripada Rumah Ibadat Hijau adalah sejajar dengan plan strategik UiTM 2022-2025 di bawah inisiatif utama stategi 1 iaitu memperkasa agenda Greenation@UiTM.

Pengurusan UiTM Cawangan Pahang sangat berbangga atas pemilihan ini dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Alam Sekitar Dan Air atas Kerjasama strategik Bersama UiTM Cawangan Pahang ini.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) selaku pentadbir Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang atas gerak usaha ke arah menjadikan Masjid Uwais Al-Qarni sebagai Rumah Ibadat Hijau. Semoga usaha ini dapat membantu kearah pemeliharaan alam sekitar yang lebih sejahtera dan hijau.