Seminar “Agricultural Modernization: Experience from China and Malaysia”

25 JUN 2022, UiTM CAWANGAN PAHANG – Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Jawatankuasa Pengantarabangsaan UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama MyEdu Group Sdn. Bhd., Southeast Asia Research Centre for Humanities (Search) dan Liaoning Agricultural Technical College, China telah mengadakan Seminar “Agricultural Modernization: Experience from China and Malaysia” bertempat di Al-Biruni 1, UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka). Seminar ini diadakan dengan matlamat utamanya untuk membina platform komunikasi dan kolaborasi serta kerjasama yang kolektif di antara pihak industri dan universiti.

Seminar ini juga telah diadakan bertujuan untuk merealisasikan agenda Sustainable Development Goals (SDG) iaitu memberikan Pendidikan Berkualiti (SDG 4) kepada para pelajar melalui pendedahan awal mengenai teknik-teknik moden dalam bidang pertanian yang ada di Malaysia dan China. Perkongsian ini telah disalurkan melalui sesi ceramah kepada para pelajar Diploma Pengurusan Ladang oleh empat orang penceramah iaitu Ts. Dr. Alexius Korom (Pensyarah UiTM Cawangan Sabah), Ts. Dr. Mohd Muhyiddin Mustafa (Pensyarah UiTM Kampus Jasin), Prof Madya Dr. Hu Xiaofeng (Ahli Agronomi daripada Liaoning Agricultural Technical College) dan Ts. Dr. Mohd Khairy bin Zahari (Pensyarah UiTM Kampus Jasin) dalam seminar ini.

Antara tetamu yang hadir dalam seminar ini ialah Mr. H.E. Tang Rui (Menteri Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia), Mr. Zhang Zhengli (Naib Canselor, Liaoning Agricultural Technical College), Mr. Jiang Zhong Qi (Presiden Pertubuhan Pendidikan antara China dan Malaysia), Ms. Pesly Chua Pei Sze (Pengarah Urusan, MyEdu Group Sdn Bhd), Mr. Ian Neo Chee Hua (Ketua Pegawai Eksekutif SEARCH), Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan (Rektor UiTM Cawangan Pahang), Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim @ Ismail (Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi), Prof. Dr. Wan Nazri Wan Abdul Rahman (Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Nazirah Ramli (Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik) dan Dr. Kamal Azman Jusoh (Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar).

Adalah diharapkan seminar yang telah diadakan ini memberi manfaat yang besar kepada semua pelajar yang terlibat dan seterusnya membantu pihak universiti dalam mencapai setiap matlamat yang telah dirancang.