Majlis Pra-Graduasi Pelajar Tahun Akhir, Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur Dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina.

19 Jan 2024 – Majlis Pra-Graduasi Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur Dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) telah berjaya diadakan di Al-Syuq Palace & Koffey Kangar, Perlis pada hari jumaat yang lalu.

Turut hadir ialah Ts Gs Dr Ernieza Suhana Mokhtar (Timb Rektor PJI), Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Cik Ashnita Rahim (Koordinator Kursus), serta 13 orang barisan pensyarah dan 45 orang para pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil pelajar, saudara Jamilul Aiman Afif Bin Jumali diikuti dengan ucapan oleh wakil pelajar, Saudara Muslihin Iffat Bin Mohamad Azmir serta Ketua Pusat Pengajian KAB, Ybhg Sr Dr Rohayu Haron Narashid. Pada akhir majlis ini diadakan sesi penyampaian cenderahati kepada semua para pensyarah yang hadir sebagai tanda ingatan.

Warga KAB, UiTM Cawangan Perlis mengucapkan sekalung tahniah kepada semua barisan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda yang telah berjaya menempuhi tempoh pengajian selama 3 tahun di UiTM Cawangan Perlis ini. Semoga kalian berjaya mendapat pekerjaan dan beroleh keberkatan sepanjang hayat.

“Bertemu Kerana Pendidikan, Berpisah Untuk Masa Depan”