Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba dari WIFIX Sdn. Bhd. kepada UiTM Cawangan Kelantan

KOTA BHARU, 20 Ogos 2023 – Dengan rasa syukur yang mendalam, Dewan Hasan Said UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu menjadi saksi kepada Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba pada 10 Ogos 2023. Inisiatif mulia ini adalah langkah proaktif dalam memastikan setiap pelajar mempunyai akses ke pendidikan digital yang setara.

Majlis ini adalah anjuran Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM Cawangan Kelantan. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Wan Muhammad Iqbal Wan Mahmud Sabri, Pengarah Urusan WIFIX Sdn. Bhd. atas kesudiannya menyumbang sebanyak 10 buah komputer riba kepada mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan yang benar-benar memerlukan dari kategori B40.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada Profesor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi, Rektor bagi mewakili UiTM Cawangan Kelantan. Hadir memeriahkan majlis adalah Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor PJIA UiTM Cawangan Kelantan; Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Kelantan; Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator Unit ICAN PJIA UiTM Cawangan Kelantan; serta penyelaras-penyelaras di bawah Unit ICAN.

Kami percaya sumbangan ini akan membantu dalam kelangsungan pendidikan mahasiswa dan sekaligus menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka di UiTM Cawangan Kelantan dalam era digitalisasi pendidikan. Dengan ini, kami berharap kerjasama erat antara WIFIX Sdn Bhd dan UiTM Cawangan Kelantan akan berterusan di masa hadapan.

Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Yusoff
Koordinator ICAN