Majlis Penyampaian Insentif SPM 2021

PEWANI UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan sesi ringkas pemberian Insentif SPM 2021 untuk anak-anak ahli yang cemerlang pada 9 Ogos 2022 bertempat di Bilik Perdana, Kampus Samarahan. Objektif pemberian insentif tersebut adalah untuk menghargai kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak ahli untuk SPM.

Insentif berupa wang tunai telah disampaikan kepada tujuh penerima oleh Pengerusi PEWANI Cawangan Sarawak, Datin Marilyn Edna Perreau kepada ahli PEWANI, selaku ibu penerima. Semoga pemberian insentif ini dapat membakar semangat anak-anak ahli agar terus cemerlang di dalam bidang akademik.

Senarai Penerima:

1 Puan Nor Hazizah Binti Julaihi-Abid Farhan Bin Mohammad Isa
2 Puan Hawa binti Nahar Asri Bin Arfan
3 Puan Nur Afeqah Abdullah-Siti-Aisyah Safiah Binti Hassan
4 Susana William Jalil-Elijah Nanang Anak Richard Tini
5 Puan Noraida Binti Omar-Nur Daemeeya Binti Kamaruddin
6 Puan Sunita Binti Jobli-Afeeqah Binti Rosli
7 Dr. Nyotia Nyokat-Marcus Gawin Kudang