Majlis Pelancaran Projek Mural Simanggang

Majlis pelancaran Projek Mural Simanggang telah berjaya di adakan pada 14 Ogos 2022 bertempat di Perkarangan Waterfront Bandar Sri Aman. Projek ini merupakan koloborasi bersama Majlis Seni Sarawak (MSS), Majlis Daerah Sri Aman dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.

Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Puan Dayang Noorazah binti Hj. Awang Sohor (Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga). Turut hadir bersama Dr Azlina Bujang, Koordinator University Community Transformation Centre (UCTC), PJI UiTM Cawangan Sarawak, En. Abang Shahfian Abg Ibrahim, wakil dari Majlis Seni Sarawak, Setiausaha Majlis Daerah, En Tay Guan Huat, Walikota, Kr. Anthony Abell Ak Chendan & jemputan-jemputan lain.

Projek mural ini akan diselia oleh En. Mohd Razif bin Mohd Rathi ( Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM) dan ianya akan melibatkan seramai 10 orang pelajar yang akan disiapkan dalam masa 7 hari dan dijangkakan siap sepenuhnya sebelum Pesta Benak 2022.

Menurut En Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Sarawak, Projek mural Simanggang ini merupakan salah satu usaha pihak Majlis Seni Sarawak untuk mengembangkan seni kreatif di Sarawak dengan mengetengahkan konsep seni dan budaya sesuai dengan ikon Bandar Sri Aman di mana konsep ini diterjemahkan dalam bentuk seni visual seperti imej benak, buaya bujang senang, burung merpati & ikan bulu akan ditonjolkan dalam mural tersebut.

Menurut YB Puan Dayang Noorazah binti Hj. Awang Sohor (Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga), Semoga dengan adanya mural ini akan wujudnya satu mercu tanda baru yang boleh menjadi tarikan pelancongan di Bandar Simanggang, Sri Aman.

YB Puan Dayang Noorazah binti Hj. Awang Sohor (Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga bersama Dr Azlina Bujang, Koordinator UCTC), PJI UiTM Cawangan Sarawak, En. Abang Shahfian Abg Ibrahim, wakil dari Majlis Seni Sarawak, Setiausaha Majlis Daerah, En Tay Guan Huat, Walikota, Kr. Anthony Abell Ak Chendan & jemputan-jemputan lain.