Majlis Penutup Latihan Intensif Brass Band UiTM Cawangan Pulau Pinang

Majlis Penutup Latihan Intensif Brass Band UiTM Cawangan Pulau Pinang

Seberang Jaya, 28 Januari 2020 – Bertempat di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Unit Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Latihan Intensif Brassband (LIBB) kali ke -6 bagi memberi pendedahan dan mengiktiraf pelajar semester satu yang berminat untuk menyertai pasukan komander brass band UiTM cawangan Pulau Pinang pada tahun ini serta mencungkil bakat para pelajar dalam bidang musik.

Mereka yang terpilih dalam LIBB ini jugak dibentuk dan dilatih untuk menyertai pertandingan – pertandingan pancaragam yang akan dipertandingkan pada tahun 2020 bagi mewakili UiTM cawangan Pulau Pinang.

Majlis Penutup Latihan Intensif Brass Band UiTM Cawangan Pulau Pinang
Kolonel (K) Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz

Majlis pada pagi tersebut telah disempurnakan oleh Kolonel (K) Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz (KEST), Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Pulau Pinang. Turut hadir bersama barisan Pegawai Kehormat, Pegawai-Pegawai Kokurikulum serta jurulatih jurulatih UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Di dalam ucapan Tuan Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Pulau Pinang, beliau menyatakan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di UiTM Cawangan Pulau Pinang berjaya menghasilkan pelatih-pelatih yang berdisiplin tinggi, semangat kerja berpasukan serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Kenyataan beliau telah disokong oleh YBrs. Mej. Muhammad Nabil bin Md Rahimi (KEST), ketua unit kokurikulum HEP, di mana ada di antara pelatih-pelatih berjaya menempa nama mereka di luar UiTM dalam bidang kokurikulum berkat usaha yang dijalankan oleh jurulatih-jurulatih dan Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Foto berkaitan:

Majlis Penutup Latihan Intensif Brass Band UiTM Cawangan Pulau Pinang Majlis Penutup Latihan Intensif Brass Band UiTM Cawangan Pulau Pinang