Majlis Pentauliahan KOR SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke–14 Tahun 2023.

GOMBAK, 3 September 2023– Kokurikulum Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), UiTM Cawangan Kelantan telah menghantar 5 orang Pegawai Kadet SISPA (PKS) ke Majlis Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan pada 18 – 20 Ogos 2023 yang diiringi oleh 2 orang pegawai iaitu Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ajutan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan dan Kapt. Bersekutu (PA) Nabil Fikri Mohd Salleh, Pegawai Logistik Kor SISPA UITM Cawangan Kelantan.

Majlis ini disertai oleh 18 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan 2 Institusi Pengajian Guru (IPG) yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga merupakan tuan rumah bagi menjalankan majlis tersebut. Seramai 5 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam setelah menamatkan kursus-kursus wajib iaitu Kursus Asas, Kursus First Responder Life Support (FRLS), Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP), Kursus Metodologi dan Kursus Bakal Pegawai.