Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTMCM bersama Apam Balik Alif World (ABAW)

ALOR GAJAH, 29 Mac 2023 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTMCM bersama Apam Balik Alif World (ABAW) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), KPP1, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Sesi menandatangani MoU kali ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTMCM dengan disaksikan oleh YBhg. Dr Nur Hayati Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri.

MOU ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada bidang perniagaan, memupuk pelajar supaya lebih berminat untuk menceburi bidang keusahawanan juga memimpin dan menguruskan sesuatu organisasi perniagaan secara khususnya dalam perniagaan Apam Balik Alif World.