Program International Academic Exchange, UiTM-UNNES

MELAKA, 7 Mac 2023 – Telah berlangsung Program International Academic Exchange, UiTM-UNNES Kunjungan Hormat ke Kedutaan Malaysia Indonesia dan Education Malaysia Indonesia (EMI), Jakarta. Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Encik Zulfadhli bin Hamzah, Atase Pendidikan, Education Malaysia Indonesia (EMI).

Rombongan turut berpeluang bertemu dengan TYT Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia. Program yang disertai oleh empat (4) orang pensyarah dan tiga belas (13) orang pelajar ini berobjektifkan perkongsian kepakaran, jalinan kerjasama dalam P&P, perancangan penyelidikan, khidmat komuniti dan mobiliti pelajar.