Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) telah diadakan pada 29 Mac 2023 (Rabu) di Menara SME Bank.
Memorandum Persefahaman (MoU) ini ditandatangani oleh Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah (Timb. Naib Canselor – Jaringan Industri, Komuniti & Alumni, UiTM) dan Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Rektor, UiTM Cawangan Johor). SME Bank diwakili oleh Datuk Wira Aria Putera Ismail (Presiden Kumpulan/CEO SME Bank dan Datuk Dr. Muhammad Hardee Ibrahim (Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan).
Turut hadir adalah Pengarah-Pengarah Pejabat TNC & MASMED UiTM, Pengurusan Kanan SME Bank Berhad dan UiTM Cawangan Johor diwakili oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN).
Kolaborasi ini meliputi kerjasama akademik, Alumni, Keusahawanan, perkongsian kepakaran dan pemindahan ilmu. Di majlis ini juga, Datuk Wira Aria Putera Ismail telah dilantik sebagai Duta Alumni, UiTM Cawangan Johor. Diharapkan, kerjasama ini dapat memberi impak signifikan kepada kedua-dua pihak.