Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara UiTM dan Universitas Islam Negeri (Uin) Mahmud Yunus Batusangkar, Indonesia dan Institut Agama Islam Negeri (Iain) Kudus, Indonesia.

Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara UiTM dan Universitas Islam Negeri (Uin) Mahmud Yunus Batusangkar, Indonesia dan Institut Agama Islam Negeri (Iain) Kudus, Indonesia. Perjanjian yang mencerminkan komitmen bersama untuk mempromosikan kecemerlangan akademik, memupuk inovasi, dan membangunkan rangkaian perkongsian pengetahuan di peringkat global terutamanya diperingkat tertangga ASEAN.

Hasrat untuk mengukuhkan hubungan penyelidikan dan industri di antara dua negara (Indonesia dan Malaysia), meningkatkan kualiti pendidikan, dan menyediakan para pelajar dengan peluang yang lebih besar untuk terlibat dalam pertukaran antarabangsa, latihan amali serta projek penyelidikan bersama.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato Dr Hj. Jamil bin Hj. Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Dr Marjoni Imamora, Rektor Universitas Islam Negeri (UIN) Mahmud Yunus Batusangkar, Prof. Dr H. Abdurrohman Kasdi, Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Kudus, Dr Ridwal Trisoni M. Pd, Timbalan Rektor (Akademik) Universitas Islam Negeri (UIN) Mahmud Yunus Batusangkar, Dr. Fauzan Adim, M.A, Head of International Cooperation Center, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Kudus, Prof. Madya Ts. ChM Dr Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa dan Prof. Madya Dr Saimi Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.