Majlis Apresiasi Staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM bagi tahun 2022

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Staf bagi meraikan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Cemerlang TNCPI bagi tahun 2022. Majlis berlangsung dalam format high-tea yang santai pada 27 Disember 2023 di Dewan Kolej Seroja UiTM bermula jam 2.00 petang. Seramai 132 menerima anugerah masing-masing sambil disajikan persembahan oleh warga kerja Pejabat TNCPI.

Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM dalam ucapannya berterima kasih kepada semua staf yang telah bekerja dengan penuh dedikasi untuk menjadikan UiTM sebagai universiti yang unggul dalam penyelidikan. Setiap usaha, idea dan tindakan positif yang dilakukan menjadi asbab UiTM berada di tahap ini sekarang. Beliau juga menyatakan setiap staf merupakan aset yang amat bernilai, yang mempunyai kekuatan masing-masing, meskipun mungkin mempunyai perbezaan pendapat, tetapi boleh berkerja sebagai sebuah pasukan yang besar.