Majlis Apresiasi Staf 2018 & 2019 Fakulti Pendidikan Raikan Kecemerlangan dan Pencapaian Staf

Majlis Apresiasi Staf 2018 & 2019 Fakulti Pendidikan Raikan Kecemerlangan dan Pencapaian Staf
Poster program dan aktiviti yang berlangsung semasa majlis

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, telah menganjurkan Majlis Apresiasi Staf untuk meraikan pencapaian dan sumbangan staf akademik dan staf pentadbiran fakulti. Majlis yang diadakan pada 4 Mac 2020 di Dewan Banquet Hotel UiTM Puncak Alam ini meraikan kejayaan staff Fakulti Pendidikan untuk tahun 2018 dan 2019. Majlis telah dihadiri oleh staff Fakulti Pendidikan Kampus Puncak Alam dan Pusat Asasi Dengkil, termasuk pensyarah Separuh Masa/Sepenuh Masa yang berkhidmat pada tahun 2018 dan 2019.

Majlis Apresiasi Staf 2018 & 2019 Fakulti Pendidikan Raikan Kecemerlangan dan Pencapaian Staf
Lagi gambar aktiviti semasa majlis berlangsung

Minum petang dan bertemakan retro vintage, Majlis Apresiasi Staff 2018 dan 2019 ini dibuka oleh Prof. Madya Dr. Nabilah Abdullah, Dekan Fakulti Pendidikan. Beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf yang telah mempamerkan dedikasi serta komitmen  dalam membantu Fakulti Pendidikan memenuhi petunjuk prestasi bagi kedua-dua tahun serta pencapaian kejayaan di peringkat serantau dan global.

Sebagai tanda penghargaan, 13 anugerah untuk tahun 2018 dan 2019 telah disampaikan kepada para pemenang. Pemilihan pemenang telah dilakukan oleh satu jawatankuasa penilai yang dilantik dan setiap anugerah mempunyai kriteria penilaian tersendiri. Antara anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Perunding Tertinggi; Anugerah Geran Penyelidikan; Anugerah Penerbitan Berimpak; Anugerah Pemerkasaan Akademik dan Profesional; Anugerah Kepimpinan Pengurusan; dan Anugerah Pentadbiran Bermotivasi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.