Majlis Apresiasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia 2021/2022: Terima Kasih Atas Segalanya

Pada 27 Jan 2023, telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Kolej Dahlia yang melibatkan semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia. Majlis simbolik ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia 2022/2023, Jawatankuasa Perwakilan Blok, Rakan-rakan Dahlia iaitu Rakan Rawat, Krew Dzine, Rakan Surau dan Dahlia Fitness’s Crew yang telah bertungkus lumus menjalankan pelbagai program dan berbakti kepada Kolej Dahlia khususnya, dan kepada UiTM secara amnya.

Sebanyak 18 program telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) Kolej Dahlia sepanjang 2 semester mereka berkhidmat. Aktiviti-aktiviti yang bertemakan kerohanian, kesukanan, keusahawan, kepimpinan, dan pelbagai lagi telah berjaya dijalankan dengan sambutan yang menggalakkan. Antaranya aktiviti tersebut adalah Ihya Ramadhan, Beats By Dahlia, Dahlia Defense, Dahlia Fun Fiesta dan Pertandingan Futsal Wanita Piala Pengetua. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan Unit Pengurusan Kolej (UPK) dan Staf Residen Kolej (SRK) yang merupakan tulang belakang yang telah banyak membantu dan menyokong Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Dahlia.

Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Dr. Firdaus Ahmad Fauzi selaku Pengetua Kolej Dahlia UiTM Cawangan Selangor. Diharapkan kejayaan dan kecemerlangan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Dahlia ini dapat memberi inspirasi kepada bakal pelapis JPK sesi yang akan datang, serta kepada semua pelajar Kolej Dahlia secara amnya.