Program ini merupakan majlis julung kali diadakan oleh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Pahang bagi meraikan seluruh warga FPA atas pencapaian tahun 2022. Program ini telah diadakan pada 19 Disember 2022 (Isnin) jam 8.00 malam – 10.30 malam bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang. Program ini melibatkan 40 orang staf yang terdiri daripada 17 orang pensyarah FPA, 2 orang staf makmal FPA dan 21 orang staf Unit Pengurusan Ladang (UPL).
Program ini telah mendapat kelulusan program dan penggunaan sumber kewangan dari Tabung Amanah Fakulti serta Jawatankuasa Tabung Amanah Am UiTM Cawangan Pahang. Program ini telah berjaya mencapai objektif untuk meraikan seluruh warga FPA setelah berusaha menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sepanjang tahun 2022. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga serta meningkatkan motivasi warga FPA yang dapat menyumbang kepada Happiness Index. Program ini dapat memberi penghargaan kepada staf sebagai rasa terima kasih daripada pihak pengurusan disamping dapat memotivasi dan meningkatkan produktiviti staf. Selain itu, program ini juga telah menjadi medium bagi perancangan strategik Fakulti bagi Tahun 2023.
Program ini telah dirasmikan oleh Ts Fazidah Rosli selaku Ketua Pusat Pengajian (KPP) FPA. Program ini turut dihadiri oleh Pengurus Ladang UPL iaitu En Khairulbakri Junos dan Koordinator Pengurusan Ladang iaitu Cik Nurulatika Minhad. Program ini telah dimulai dengan pembentangan PI oleh KPP FPA dan ucapan daripada Pengurus Ladang UPL. Jamuan makan diselangi dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian anugerah kepada staf yang terpilih.
Kesimpulannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Sambutan yang diterima daripada warga pensyarah FPA dan staf UPL amat menggalakkan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan memacu halatuju yang lebih jelas bagi mencapai PI yang telah diberikan kepada fakulti disamping dapat memberikan motivasi kepada semua staf supaya lebih bersemangat dan dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga.