Bengkel Pemantapan KPI 2023 Akademi Pengajian Pahang UiTM Cawangan Pahang

Pada 23 Disember 2022 Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) telah mengadakan Bengkel Pemantapan KPI 2023 yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pensyarah APB UCPh berkenaan Key Performance Index universiti dan kepentingan setiap satunya dalam usaha memacu matlamat dan hasrat menjadikan UiTM sebagai universiti ternama dunia menjelang 2025. Bengkel tersebut juga dijadikan pentas sumbangsaran tentang program-program yang telah dan akan dirancang oleh APB UCPh bagi tahun 2023. Selain itu, bengkel diadakan bagi memastikan perlaksanaan program-program yang dirancang oleh APB UCPh bagi tahun 2023 memenuhi keperluan PI yang telah ditetapkan pihak universiti.

Bengkel secara maya ini menyaksikan pembentangan dan penerangan bagi PI diamanahkan kepada APB UCPH. Pembentangan telah disampaikan oleh Cik Qistina Ibrahim yang merupakan JK KPI ICAN, Cik Nurus Syahidah JK KPI ReNeu, dan Cik Nurain Jantan JK KPI RMC. Manakala pembentangan bagi KPI BHEA, Pendaftar, MasMED dan Unit Korporat telah disampaikan oleh Dr Roslina Abdul Aziz yang merupakan Ketua Pusat Pengajan APB UCPh.

Bengkel yang dihadiri oleh seluruh warga APB UCPH telah berjaya memberikan pendedahan dan kefahaman berkenaan setiap PI yang diamanahkan oleh universiti kepada APB UCPh dan pemahaman ini memungkinkan pemetaan PI dibuat bagi setiap program yang dirancangkan oleh APB UCPh. Ini diharapkan dapat memastikan setiap PI yang disasarkan dapat dicapai sebelum berakhirnya tahun 2023.