Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) dan Majlis Perasmian Penutupan REIACt Day 2022

Machang, 15 November – Majlis Anugerah Kecemerlangan PJIA & Majlis Perasmian Penutupan REIACt Day 2022 telah berjaya dilaksanakan oleh Bahagian PJIA UiTM Cawangan Kelantan selaku penganjur majlis tersebut pada 9 November 2022 di Dewan Profesional, UiTMCK. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Nor Ateehah Che Hamzah, selaku Pengurus Cawangan Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Machang, Kelantan diiringi oleh Rektor UiTMCK, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, barisan pengurusan universiti dan barisan tetamu jemputan.

Dengan bertemakan Negara Arab, para staf yang hadir mengikuti tema menambahkan lagi kemeriahan program. Program dimulakan dengan persembahan Zapin Muara daripada Kelab Sri Serangkai Tari dan diteruskan dengan gimik perasmian dan tayangan montaj sepanjang program REIACt Day 2022, kemudian disusuli dengan sesi penyampaian anugerah kecemerlangan PJIA bermula dengan Unit of Research Management & Innovation (URMI), Industrial Community & Alumni Network (ICAN), Keusahawanan (MASMED) dan Anugerah Khas bersama selingan persembahan nyanyian oleh para pelajar dan alumni UiTMCK bagi setiap penyampaian anugerah. Objektif utama majlis ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap segala sumbangan para staf yang telah bertungkus-lumus menyumbang tenaga dan idea kepada PJIA.