Majlis Anugerah Gemilang Kepimpinan Raikan Keunggulan Pimpinan Mahasiswa

Dengan 9 anugerah dan kehadiran tetamu jemputan yang di luar jangkaan, Majlis Anugerah Gemilang Kepimpinan telah berjaya menyemarakkan karisma kepimpinan para mahasiswa Fakulti Pendidikan. Majlis yang telah berlangsung pada 18 September 2021 ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis turut diserikan lagi dengan penampilan istimewa Dato’ Muhammad Azizul Hasni Awang, Jaguh dan Atlet Keirin Berbasikal Trek Kebangsaan.

Majlis berlangsung secara tertutup di pelantar Webex bagi meraikan para pemimpin mahasiswa Fakulti Pendidikan. Walau bagaimanapun, rakaman penuh majlis anugerah ini telah dimuatnaik di saluran EDUTube Fakulti Pendidikan. Sila klik pautan ini untuk menonton majlis yang penuh berprestij ini dan juga untuk mengetahui penerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan: https://www.youtube.com/watch?v=dknkKCX-Wn0&t=4573s

Berikut merupakan kategori-kategori anugerah:

Anugerah Khas Kepimpinan Cemerlang ASASI TESL
Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan
Anugerah Pemimpin Program Sukan
Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan
Anugerah Pemimpin Program Sukarelawan
Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek
Anugerah Pemimpin Program Peringkat Antarabangsa
Anugerah Gemilang Kepimpinan

Selain daripada itu, jasa dan sumbangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Pendidikan sepanjang tahun 2020 turut diberikan pengiktirafan yang setimpal melalui Anugerah Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar. Terima kasih Saudara Muhammad Danial bin Zaha Halimy daripada Program Pendidikan Sains (Kimia), dan Saudari Azimah bt Che Kholim daripada Program Pendiikan Sains (Biologi).

Selain menyaksikan anugerah ‘bertukar tangan’, para hadirin turut dihiburkan dengan sajian persembahan oleh para pelajar dari institusi yang mewakili rakan-rakan strategik Fakulti Pendidikan. Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Pendidikan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Thaksin University, Thailand; University of the Immaculate Conception, Davao City, Filipina; dan Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia, di atas rakaman persembahan yang cukup memukau. Persembahan terakhir penutup majlis tentunya daripada para pelajar Kelab Aspirasi Budaya, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Tahniah kepada semua pemenang anugerah. Semoga majlis ini berjaya membakar semangat para pimpinan pelajar Fakulti Pendidikan.