Majlis Annual General Meeting (AGM) Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Kolej bagi sesi 2023/2024 UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

Majlis Annual General Meeting (AGM) Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Kolej bagi sesi 2023/2024 UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan. Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh & Selayang telah menganjurkan Majlis Annual General Meeting (AGM) pada 9 Januari 2023 yang bertempat di Auditorium 1 Khalid Yusoff, Fakuli Perubatan, UiTM Sungai Buloh.

Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Kolej bagi sesi 2023/2024 yang baharu disamping menjadi satu platform kepada penghuni Kolej Kediaman untuk menyuarakan pandangan mereka tentang penambahbaikan Kolej Kediaman daripada pelbagai aspek ataupun bagi program akan datang.

Mantan Yang Dipertua JPK dan mantan Bendahari Kehormat 2022/2023 juga telah membentangkan laporan program sepanjang tahun 2023 dan kewangan terkini sepanjang sesi yang lepas untuk diambil alih JPK sesi yang baharu.

Dalam majlis ini juga, Yang Dipertua JPK Sesi 2023/2024 telah menerangkan struktur organisasi baharu JPK UiTM Sungai Buloh & Selayang. Organisasi JPK akan diterajui oleh Majlis Tertinggi JPK dan dibantu oleh 5 Jabatan dengan portfolio yang berbeza seperti Jabatan Perhubungan, Jabatan Maklumat/ Informasi, Jabatan Kebajikan Kolej, Jabatan Pembangunan Kolej dan Jabatan Khidmat Kolej. Program ini turut dihadiri 12 Presiden Kelab/Persatuan Mahasiswa dan seramai 100 orang pelajar kolej kediaman dan menjadi saksi penerimaan watikah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang baharu. Di harapkan semua JPK dan Sekretariat dapat menjalankan tanggungjawab yang dipikul dan amanah yang diberikan dengan penuh komited dan ikhlas. Semoga Kolej Kediaman UiTM Kampus Sungai Buloh & Selayang terus semakin cemerlang di masa akan datang selaras dengan moto JPK ‘Excellent, Synergy, Integrity’.