Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) telah menjalankan projek rakaman ‘Live Music Raya’. Rakaman lagu raya ini dipersembahkan khas oleh Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) di bawah seliaan Unit Kebudayaan.
Rakaman Live Muzik Raya ini berlangsung selama 2 jam pada 22 April 2022. 3 buah lagu telah di pilih bagi menjayakan projek yang julung kali dijalankan ini. Proses pembelajaran dan rakaman dijalankan serentak kepada pelajar di bawah bimbingan ketua Unit Kebudayaan, Encik Noradzely bin Amat Darmawi.
Matlamat utama projek ‘Live Music Raya’ bersama Jawatankuasa Kesenian Pelajar ini diadakan bertujuan memberikan ilmu baharu kepada pelajar. Konsep yang cuba diterapkan kepada pelajar adalah supaya mereka dapat berkarya menggunakan pelbagai medium dan platform walaupun pergerakan adalah terbatas.
Projek ini sebenarnya ingin membuka lagi peluang para pelajar untuk menyerlahkan lagi bakat terpendam dan pemikiran kreatif mereka melalui muzik, tarian dan sebagainya. Dengan ini, para pelajar juga turut mendapat inspirasi untuk menerusi minat mereka terhadap muzik dan sebagainya.