Perkongsian Pengetahuan Gaya Baharu Dalam Bentuk Video Muzik Raya

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan telah menjalankan satu projek penghasilan video muzik Medley Lagu Raya sempena Aidilfitri 2022. Ianya merupakan hasil kerjasama Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah.

Projek Rakaman video muzik raya ini bermula pada 26 April 2022 sehingga di tayangkan pada 03 Mei 2022 iaitu pada hari raya ke-2. Video muzik ini boleh di saksikan di media sosial fb pages Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Sabah. Projek ini melibatkan 13 orang pelajar dari beberapa persatuan, 3 orang pelajar latihan industri dan kakitangan Unit Kebudayaan. Video Muzik Raya ini telah di arahkan oleh Ketua Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Sabah, En. Noradzely Amat Darmawi. Penglibatan krew dan pelajar merangkumi sesi adunan suara dan muzik, rakaman suara, penggambaran serta suntingan audiovisual. Sepanjang proses ini berjalan telah di pastikan pelajar dan krew yang terlibat mematuhi SOP bagi mengikuti peraturan yang di tetapkan oleh pihak pengurusan.

Antara objektif projek ini adalah, memberikan pendedahan dan perkongsian pengetahuan baharu kepada semua yang terlibat berkenaan dengan proses penghasilan rakaman video muzik. Dengan aktiviti ini juga, dapat mencungkil bakat baru di kalangan pelajar dan meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.

Secara amnya Projek ini merupakan salah satu  strategik Unit Kebudayaan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan dan merupakan kaedah baharu dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat dalam dan luar kampus.