Anggota Polis Bantuan Bertugas Hari Raya Pertama

TAWAU : Empat anggota Unit Polis Bantuan (PB) UiTM Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau yang bertugas pada hari raya pertama Aidil Fitri telah diraikan dalam satu majlis ringkas.

Majlis penyerahan hamper kepada Encik Zuhaili Maman, Encik Suzali Sulaiman, Encik Alijan Abdullah dan Cik Dg Normah Ag Taib telah diserahkan oleh Koordinator Kampus, Haji Muliyadi Haji Guliling di ruang lobi Menara Gemilang pada 9 Mei 2022 yang lalu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Latif Ibrahim, ketua Unit PB UiTMCSH Kampus Tawau.

Sesungguhnya, pengorbanan dan khidmat bakti anggota PB amat mulia dan wajar dicontohi oleh semua warga UiTM. Ketika rakan setugas meraikan hari lebaran bersama keluarga dan rakan taulan, mereka gigih melaksanakan tugas demi memastikan kawasan kampus terus berada dalam keadaan selamat.