30 Mei 2021, Ahad – Penang Nursing Student Association (PeNSA) tetap meneruskan program secara online walaupun baru beberapa hari Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai 1 Jun 2021. Program Learn CPR (CardioPulmonary Resuscitation) Save a Life ini adalah siri yang ke-2 setelah kejayaan program yang sama pada edisi pertama bersama pelajar-pelajar di Kulim, Kedah. Cumanya kali ini adalah secara maya.
Program yang berlangsung secara maya melalui platform Cisco Webex dan Youtube Live pada jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh Dr. Siti Nur Fadzilah Muhsain, Penolong Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dengan kehadira seramai 125 orang pelajar. Nyanyian lagu negaraku dan wawasan setia warga UiTM dan bacaan doa oleh saudara Muhammad Fuad Farhan, pelajar Kejururawatan semester dua.
Setelah ucapan aluan oleh Penasihat PeNSA oleh Dr Rusnani Ab Latif selesai, program dimulakan dengan sesi tayangan video gimik yang memaparkan bagaimana kesilapan orang awam dalam melakukan CPR bersama pemahaman yang salah. Kemudian disertakan pula demonstrasi kaedah melakukan CPR dengan cara yang betul. Kaedah ini amat berguna buat orang awam untuk melakukan CPR di tempat awam dengan hanya perlu mengingat formula DRSABCD.
Program diteruskan lagi dengan demonstrasi handwashing dan juga choking. Handwashing amat perlu di musim pandemik ini, turut berkongsi pentingnya choking yang sentiasa terjadi pada kanak-kanak. Aktiviti Kahoot menutup tirai pada program kali ini dengan ditawarkan hadiah bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga.
Program diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku dan pelajar yang menyertai program akan diedarkan borang kehadiran untuk di isi sebagai laporan beserta sesi fotografi di akhir program. Semoga program ini dapat memberi pendedahan tentang pentingnya CPR di kalangan orang awam bagi menyelamatkan dalam jangka masa yang cepat dan selamat.