Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ (Siri 3), Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik

Pada tanggal 24 Mei 2021, BPPA telah mengadakan Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 3 yang disampaikan oleh Puan Hafidzah Hj Abdul Aziz, Penolong Pendaftar Kanan melalui platform Google Meet. Sesi ini dimulakan pada jam 10.00 pagi

Tajuk yang disampaikan oleh Puan Hafidzah Hj Abdul Aziz adalah QBS dan Skop Unit Pengurusan Penilaian Akademik (UPPA). Beliau berkongsi tentang sistem-sistem berkaitan penilaian akademik UiTM iaitu Sistem AIMS yang terdiri dari Sistem ICRESS, Sistem QBS, Sistem JWP, Sistem eRES dan JKIPA Performance Dashboard.

Di samping itu, sesi ini adalah bagi memberi pemahaman kepada staf tentang proses pengendalian dan pelaksanaan Sistem Bank Soalan (QBS) secara umum yang menjadi sebahagian daripada Key Initiative UiTM 2025.

Warga BPPA juga diberi penjelasan berkenaan empat (4) Garis Panduan yang digunakan dalam Pembangunan Manual Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Akademik UiTM iaitu Garis Panduan Pentaksiran Akhir Berjadual (QBS, secara dalam talian), Garis Panduan Pentaksiran Akhir Berjadual (QBS, peperiksaan fizikal), Garis Panduan Pentaksiran Berterusan Tidak Berjadual (non-QBS) dan Garis Panduan Pentaksiran Akhir Tidak Berjadual (non-QBS).

Puan Hafidzah juga memberi penerangan tentang skop tugasan staf BPPA iaitu terbahagi kepada Team Manual Pentaksiran dan Penilaian Akademik, Team Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) dan JAPA, Team JKIPA dan Team JPPKP, Team Dokumen ISO dan Team OSHA di mana setiap staf diberikan tugasan mengikut team masing-masing.

Program Sembang Ofis Kita Siri 3 berakhir pada jam 10.30 pagi. Semoga sesi kali ini dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada staf tentang sistem QBS dan skop tugas staf Unit UPPA secara amnya.