Lawatan wakil United Tropical Fruit International ke Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Pahang

27 September 2022 (Selasa) – Satu lawatan dari wakil UTFI iaitu Reshat Sicim (Pengurus Jualan UTFI), Stephen Leterrier (Eksekutif Jualan UTFI), dan 2 orang staf UTFI telah di adakan di Bukit Kelulut, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Para pelawat telah disambut mesra oleh Ketua Pusat Pengajian Perladangan dan Agroteknologi, Ts. Puan Fazidah Rosli serta 3 orang pensyarah dari fakulti.

Pelawat telah di bawa ke Tapak Cadangan Penyelidikan Durian Musang King serta melawat Ladang Kelapa Sawit Unit Pengurusan Ladang UiTM Pahang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan kepada wakil UTF mengenai Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Pahang serta melakukan sedikit perbincangan mengenai kajian penyelidikan dan pemasaran Durian Musang King di Malaysia.

Antara initipati perbincangan ini adalah berkenaan dengan pembangunan nurseri penyelidikan durian musang king di UiTM Pahang serta penghasilan benih durian Musang King oleh UiTM dan UTF. Untuk itu, kerjasama yang lebih erat di perlukan untuk merealisasikan penyelidikan ini demi membantu sektor pertanian di negara kita. Di harap, kerjasama strategik antara UTF dan UiTM boleh terjalin di masa hadapan agar dapat membantu membangunkan sektor Pertanian di negara kita.