LAWATAN PENANDAARASAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) KE INSTITUT KUALITI DAN PENGEMBANGAN ILMU (InQKA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM

SHAH ALAM, 23 Mei 2023 – Pada 17 Mei yang lalu, InQKA menerima kunjungan daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang di wakili oleh empat wakil iaitu Prof Ts Dr Kamal bin Yusoh selaku Penolong Naib Canselor, Professor Madya Ir. Dr.Norazwina binti Zainol ( Pengarah Bahagian Pengurusan Data Strategi dan Kualiti) Encik Faisal bin Jusoh (Eksekutif Kanan) dan Cik Nur Umirah binti Abu Kassim (Pembantu Tadbir).

InQKA dan UiTM pula diwakili oleh:
1. Prof. Dr. Azizah Abdullah (Penolong Naib Canselor InQKA)
2.Prof. Madya Dr. Kamarularifin Abd Jalil (Pengarah Jaminan Kualiti Dalaman)
3. Prof. Madya Ts. Dr. Ing Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi)
4. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Husna Zainol Abidin (Ketua Akreditasi Program, Sains dan Teknologi)
5. Dr. Nik Azlin Nik Ariffin (Koordinator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti)
6. ChM Dr. Shahrul Nizam Ahmad (Ketua Komunikasi dan Pengembangan ilmu)
7. Dr. Shatina Saad (Ketua Pematuhan Kualiti Akademik)
8. Ts. Linda Abd Hamid (Ketua Akreditasi Program Sains Sosial)
9. Cik Noor Azwani Asyikin Samad (Penolong Pendaftar)
10. Puan Habibah Hamzah (Pegawai Eksekutif)

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi menambah pengetahuan tentang bagaimana InQKA menguruskan program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) secara menyeluruh bermula daripada pengurusan tadbir urus, pembangunan projek sehingga kepada penganjuran konvensyen.

Turut dibincangkan juga mengenai inisiatif-inisiatif kualiti lain yang sedang dilaksanakan oleh InQKA contohnya EKSA, MS ISO dan sebagainya. Struktur / hiraki bahagian pengurusan kualiti yang di amalkan di InQKA turut menjadi buah perbincangan di dalam lawatan yang berlangsung selama hampir 3 jam itu.

Selesai lawatan, tetamu turut dijemput menjamu selera di majlis jamuan hari raya InQKA yang juga diadakan pada hari yang sama.